Posts

Kembali menulis tentang ros

Image
Tarikh: 10 Jun 2017 Hampir 7 bulan tidak menulis dan menjengah ke sini. Maaf jika ada yang menanti kehadiran post baru. Agak sibuk dengan kehidupan seharian. Walau tidak menulis, ros tetap jadi hobi utama Banyak yang dah terjadi pada koleksi ros Gee. Ada penambahan dan ada juga yang dah ke syurga. Tak kurang ros yang salah tagging dan dapat ID sebenar. Tidak mengapa, anggap sahaja ini satu ilmu baru. Chicago Peace, ID yang baru dapat dikenalpasti. Gee cam dari post Addarosa. Jika Google, sedikit berbeza. Gee percaya ini dipengaruhi oleh cuaca panas di Malaysia. Tetap cantik dan menawan. Maggie, ros kampung bagi sesetengah orang. Wangi sangat, bunga hanya tahan beberapa hari. Kalau hujan, habis luruh semua kelopaknya. Pasu ni dah pindah ke belakang rumah. Buat teman waktu di dapur. Ini Bishop's Castle. Beli dari khaty di FB. Wangi, bunga berjambak. Jenis shrub tapi perlu sedikit sokongan, dahan ke atas makin lembut. Baka David Austin ni. Gambar ni dia dah kembang be...

Tuscan Sun

Image
8 November 2016 Pokok ini dah beberapa bulan dibeli dari Rinson Lim di Ipoh. Sudah beberapa kali juga berbunga. rajin berbunga. Bau hampir tiada. Tarikannya pada warnanya yang garang!!!! Bila kembang penuh, kelopaknya nampak macam beropol. Pokok ni masih dalam pasu saiz biasa, tunggu ye, nanti mummy bagi rumah banglo.

Tuscan Sun

Image
8 November 2016 Pokok ini dah beberapa bulan dibeli dari Rinson Lim di Ipoh. Sudah beberapa kali juga berbunga. rajin berbunga. Bau hampir tiada. Tarikannya pada warnanya yang garang!!!! Bila kembang penuh, kelopaknya nampak macam beropol. Pokok ni masih dalam pasu saiz biasa, tunggu ye, nanti mummy bagi rumah banglo.

Damask

Image
8 November 2016 Wangi berjambak. Lupa pulak nama Rose Eduard ke apa gitu la. Damask ini antara bunga paling wangi di dunia dan digunakan dalam pembuatan air mawar (rose water), minyak wangi dan kosmetik Pokok ni ownroot, beli di nursery di Teluk Intan sahaja. Pokok ni elok diberi sokongan, bukanlah climber menyotong macam Prosperity atau CPM tapi tidaklah sekuat Alexandrine untuk berdiri.

Crown Princess Margareta

Image
6 November 2016 CPM pujaan hati ramai rosarian. Wangi sangat. Bunga baka David Austin. Gambar ni disusun dari terkini kepada asal jambak ni mula berkembang. Kes malas nak edit semula gambar masuk. Hahaha Cantik kan? Cuppy lagi... Tengok bawah. Pada mula, warnanya belum nampak menyerlah. macam kuning cair sahaja. warna ros ni dipengaruhi juga dengan cuaca panas Malaysia ni dan juga penggunaan baja. Ros memang kuat makan baja, sila peruntukkan duit secukupnya untuk mereka ok. Alhamdulilah. Terapi jiwa kacau

Prosperity

Image
6 November 2016 Prosperity. Si sotong. Climber. Tengoklah daunnya. Dah mula ada nampak mengerekot diserang thrips. sibuk sehingga terabai. Biasanya keluar berjambak. Kalau berhajat nak menanam Prosperity dinasihatkan sila buat pancang dahulu kerana, dahannya cepat sangat panjang berjuntai. Kesian dia.. Prosperity ni mudah dibiak menggunakan keratan. setakat ni dah ada 3 anak. Prosperity ni juga ada harga untuk dijual. Dari harga RM25 hingga RM40 setakat yang saya jumpa. Pendek kata, memang puas hati dengan Prosperity ni

Eyes For You

Image
5 November 2016 Lama tak menulis dalam blog. maaf jika ada yang menanti post terkini. saya agak sibuk dengan pekerjaan hakiki dan dunia seorang ibu. Eyes For You, memang cantik. Dasar warna ungu yang sangat memukau. Biasa keluar bunga berjambak (cluster). Pokok ownroot yang dibeli dari Ipoh. Semua ros ditanam secara organik. Jika malas atau culas penjagaan memang banyak penyakit akan datang. Terutamanya thrips dan blackspot. Ada seorang rosarian dari New Zealand pernah share EFY miliknya... Wow! deeper colour. Nanti kita kumpul duit pegi NZ ok.