Posts

Showing posts from 2016

Tuscan Sun

Image
8 November 2016 Pokok ini dah beberapa bulan dibeli dari Rinson Lim di Ipoh. Sudah beberapa kali juga berbunga. rajin berbunga. Bau hampir tiada. Tarikannya pada warnanya yang garang!!!! Bila kembang penuh, kelopaknya nampak macam beropol. Pokok ni masih dalam pasu saiz biasa, tunggu ye, nanti mummy bagi rumah banglo.

Tuscan Sun

Image
8 November 2016 Pokok ini dah beberapa bulan dibeli dari Rinson Lim di Ipoh. Sudah beberapa kali juga berbunga. rajin berbunga. Bau hampir tiada. Tarikannya pada warnanya yang garang!!!! Bila kembang penuh, kelopaknya nampak macam beropol. Pokok ni masih dalam pasu saiz biasa, tunggu ye, nanti mummy bagi rumah banglo.

Damask

Image
8 November 2016 Wangi berjambak. Lupa pulak nama Rose Eduard ke apa gitu la. Damask ini antara bunga paling wangi di dunia dan digunakan dalam pembuatan air mawar (rose water), minyak wangi dan kosmetik Pokok ni ownroot, beli di nursery di Teluk Intan sahaja. Pokok ni elok diberi sokongan, bukanlah climber menyotong macam Prosperity atau CPM tapi tidaklah sekuat Alexandrine untuk berdiri.

Crown Princess Margareta

Image
6 November 2016 CPM pujaan hati ramai rosarian. Wangi sangat. Bunga baka David Austin. Gambar ni disusun dari terkini kepada asal jambak ni mula berkembang. Kes malas nak edit semula gambar masuk. Hahaha Cantik kan? Cuppy lagi... Tengok bawah. Pada mula, warnanya belum nampak menyerlah. macam kuning cair sahaja. warna ros ni dipengaruhi juga dengan cuaca panas Malaysia ni dan juga penggunaan baja. Ros memang kuat makan baja, sila peruntukkan duit secukupnya untuk mereka ok. Alhamdulilah. Terapi jiwa kacau

Prosperity

Image
6 November 2016 Prosperity. Si sotong. Climber. Tengoklah daunnya. Dah mula ada nampak mengerekot diserang thrips. sibuk sehingga terabai. Biasanya keluar berjambak. Kalau berhajat nak menanam Prosperity dinasihatkan sila buat pancang dahulu kerana, dahannya cepat sangat panjang berjuntai. Kesian dia.. Prosperity ni mudah dibiak menggunakan keratan. setakat ni dah ada 3 anak. Prosperity ni juga ada harga untuk dijual. Dari harga RM25 hingga RM40 setakat yang saya jumpa. Pendek kata, memang puas hati dengan Prosperity ni

Eyes For You

Image
5 November 2016 Lama tak menulis dalam blog. maaf jika ada yang menanti post terkini. saya agak sibuk dengan pekerjaan hakiki dan dunia seorang ibu. Eyes For You, memang cantik. Dasar warna ungu yang sangat memukau. Biasa keluar bunga berjambak (cluster). Pokok ownroot yang dibeli dari Ipoh. Semua ros ditanam secara organik. Jika malas atau culas penjagaan memang banyak penyakit akan datang. Terutamanya thrips dan blackspot. Ada seorang rosarian dari New Zealand pernah share EFY miliknya... Wow! deeper colour. Nanti kita kumpul duit pegi NZ ok. 

Siaran tertunda

Image

Siaran tertunda. Banyak si kembang taman

Image

Lovely Red lagi.

Image
Selamat hari raya!

Lovely Red lagi.

Image
Selamat hari raya!

Let's Party!

Image
Nampak warna merah jambu lebih pekat kali ini.

Who are you dear? ID: Chicago Peace

Image
Update: 10 Jun 2017. ID: Chicago Peace

Who are you dear?

Image

Singing in the rain

Image
Pokoknya kecil tapi sentiasa berbunga. Warna oren masam asamboi merah. Boleh gitu? Nampak sangat bukan cikgu seni... Update: 10 Jun 2017. Sudah mati. Scale

Mary Rose yang sekuntum

Image
Dah overbloom baru nampak dia. Menyorok di celah-celah CPM dan red Eden. Bunga cepat lerai...

Imp

Image
Ada empat kudup dalam cycle ni. Jadilah... Baru sekuntum yang kembang. Update: 10 Jun, sudah mati. Kanker

Ambridge 2nd cycle

Image
Subuh lagi dah keluar gi shooting. Ambil udara pagi, tengok dah kembang. Semalam kudup macam kecil lagi. Cepat je masuk dalam ambil camera. Update: 10 Jun 2017, Ambridge sudah mati. Kanker

Jude the Obsecure, rumah baru lagi

Image
Dah beberapa kali tukar pasu untuk si dia. Harap ok, jangan terencat akarnya putus pulak. Bagi pasu besar sbb tengok rakan seangkatan semua dah berbunga, Jude masih begitu.juga

Unknown 5

Image
Bunga ni dah lama juga, dalam setahun. No ID. Wangi. Warna deep pink. Rajin berbunga. Batangnya keras, tapi tak keras macam Maggie. Jenis Shrub. Update: 10 Jun 2017, sudah mati. Kanker