Posts

Showing posts from June, 2016

Unknown 5

Image
Bunga ni dah lama juga, dalam setahun. No ID. Wangi. Warna deep pink. Rajin berbunga. Batangnya keras, tapi tak keras macam Maggie. Jenis Shrub. Update: 10 Jun 2017, sudah mati. Kanker

Unknown 3

Image
Tengok la warna merah darah dia tu. Bunga pertama sejak beli. Kecil je bunganya. Bunga asal masa beli, huhu besar tapak tangan. Sabar..sabar

Red Eden lagi

Image
Ada dua kuntum ni tak habis lagi. Sekuntum dah kembang habis. Lagi kuntum tu masih cuppy... Suka bau dia, macam minyak attar tapi paling soft tone punya minyak attar. Errr... Macam mana tu?

Red Eden, sneak peek.

Image
Mengendap bunga red eden. Cepat la kau kembang sayang oi...

Gospel

Image
Pokok baru dari Rinson Lim. Baby sangat. Kalau tengok pokok induk, bunganya warna merah jambu pekat. Cepat besar ye baby.

John Clare

Image
Bunga baru John Clare. Bunga David Austin. Masih kecil. Kena beri masa dalam 3 bulan insyaallah untuk dia stabil. Pucuk dah kena potong. Biar cepat bercabang. Insyaallah

Alexandrine berbunga lagi

Image
Si cantik manis. Alexandrine. Rajin berbunga. Boleh dikatakan, Alexandrine ini berbunga sepanjang tahun.

Eye For You

Image
Alhamdulilah... Warna ungu dah keluar semula. Nampak sangat tempohari tak cukup baja. Hahaha... Bunga kali ini pun lebih besar. Ada 12 kudup bunga lagi masih berkembang. Harap sempat Aidilfitri 1437.

Imp

Image
Pokok baru nak sihat semula. Dapat 2 kuntum Imp.

John Clare

Image
Tengoklah tu ada 5 basal breaks naik. Alhamdulillah...

Ambridge lagi

Image
Kudup ketiga Ambridge. Hehehe... Dah mula nak berkembang Balik kerja terus capai kamera. Shooting! Tengok tunas Ambridge. Warna merah. Ros lain tak nampak begini pula. Mungkin memang ini cari pengenalan Ambridge. Selepas bersahur, pergi ziarah roses dulu. Sudah kembang Ambridge ni. Bau harum...

La France lagi

Image
Kudup baru selepas baja tahi kambing dua kali. Gambar semalam, tengahari. Cantik pusar La France. Wangi Sudah kembang sepenuhnya. Shooting lepas sahur.

Peach Drift

Image
Peach Drift yang gembira selepas dapat baja tahi kambing. Bunga keluar berjambak dan lebih banyak.

Party Time lagi

Image
Bulan puasa ni dapat sekuntum je. Mungkin kena repot. Tambah tanah. Akar dah padat.

Red Eden, promising buds.

Image
Antara kudup-kudup pertama red eden. Cepat la besar. Tak sabar nak tengok kamu. Pokoknya naik meninggi. Batangnya besar tapi bukan macam berkayu, hijau muda juga. Nak kena pancang la kamu ni...

Crown Princess Magareta, Basal Break

Image
More basal break. Gembira betul CPM ni dapat baja tahi kambing. Nampak basal break ni batang besar. Harap kuat la kamu ye. Cepat-cepat besar boleh berbunga.

Valentine is one year old

Image
Budak dah besar. Masa beli dulu 1 Ramadhan 1436. Batangnya halus je tapi pucuk meriah. Selepas setahun, penuh satu pasu keliling pucuk merah ang ang. Ni baru lepas bunga hampir 40 kuntum serentak. Mummy dah buat cantasan, sekarang serentak pucuk muda. Harap sempat Aidilfitri ni berbunga meriah.

Imp dan basal break

Image
Imp tengah gembira tu. Dapat 2 kali baja tahi kambing, terus bagi mummy dia 3 basal break. Yahoo!

Prosperity, blind shoot

Image
Operasi buang blind shoot. Pokok Prosperity ni tangkai dah banyak merendang. Panjang berjuntai tapi tak ada bunga. Kasi potong sama dia. Dah bagi baja tahi kambing. Harap lagi 2 minggu ni keluarlah kudup bunga.

La France, operasi buang blind shoot

Image
Ini la blind shoot. Bahasa Melayu panggil apa ye? Pucuk buta? Hahaha Blind shoot mesti dipotong. Sebab memang tak akan menjadi bunga. Penyebabnya tak pasti. Cuaca, air, baja atau medium. Entah.. Pucuk yang naik tu tak berkembang habis. Menjadi kering dan hitam. Biasanya aku potong hingga tangkai 5 daun yang ada mata tunas. Potong serong. Nanti akan naik pucuk baru. Harap bermanfaat ilmunya.

Ambridge Rose . Kuntum pertama.

Image
Alhamdulilah. Kembang sudah kuntum yang ditunggu-tunggu. Masa ni pukul 8 pagi. Baru mula nak berkembang. Wangi. Unik. Tak sama dengan mana-mana ros yang aku ada sebelum ni. Ni pukul 10 pagi. Dah mula buka lebih banyak kelopak. Note: Tag asal Bishop's Castle. Salah tag. Rupanya Ambridge Rose 

La France. Baru kutahu namamu.

Image
Lama dah ada, hampir setengah tahun. Beli dari Pasar tani sahaja. Wangi bunganya. Warnanya merah jambu pucat. Ada 2 pokok. Entah macam mana boleh terbeli 2 pada minggu yang berbeza. Mungkin masa tu nampak warnanya berbeza. Pucuknya lembut, macam pucuk muda daun limau nipis. Daun muda berkilat. Memang berbeza. Setakat dah ada koleksi ros, belum jumpa pokok ros lain dengan daun sebegini.

Soutine

Image
Si belang ni dah lama ada. Masa beli, warna merah lebih gelap. Macam burgundy. Bunga pun dah kecil. Dulu sebesar tapak tangan. Dia tengah rajin berbunga  Ada 10 kuntum sekali gus  Baru repot semula. Tambah tanah baru dan digembur.

Damask, mewangi pagi ini.

Image
Berjambak lebih banyak. Mummy kenalkan tiga kuntum sahaja setiap jambak supaya bunganya besar.

Maggie

Image
Ros ni ada banyak nama. Magenta pun nama dia juga. Ada satu lagi nama lupa dah. Ramai juga panggil dia ros kampung. Tak kisah la janji mummy suka. Full bloom. Wangi. Bunga berjambak. Jenis shrub. Batang keras.

Eyes For You

Image
 Warna tidak sepekat bunga terdahulu. Entah di mana silap. Baja, air, cahaya atau cuaca tarik?

Miniature Red

Image
Pokok baru beli di Pasar Tani, Teluk Intan. Mula-mula bila nampak tu bertahan tak nak beli. Tapi akhirnya pusing semula kali kedua untuk beli. Pokok gayanya akan merimbun dan.meriah bunga. Jika dan hanya jika mummy bagi makan, minum dan cahaya yg cukup. Cantik merah menyala  Banyak lagi kudup baru Ada bau harum sedikit