Posts

Showing posts from April, 2016

Yankee Doodle, dalam kenangan

Image
Pokoknya tegap. Tinggi. Sayangnya dah mati. Kanker. Naik hitam batangnya. Bau harum. Kelopak unik. Atas merah jambu, bawah kuning. Bunganya besar. Boleh sebesar tapak tangan.

Singing in the rain

Image
Pokok baru, warna jingga. Semoga membesar gembira. Well, roses make mummy happy. Setakat ni nampak bunganya kecil macam Prosperity. Just give her more time. Muah....

Crown Princess Magareta

Image
Pokok kedua. Masih kecil. Pindah masuk pasu tembikar besar. Semoga membesar gembira. Pokok ros Crown Princess Magareta jenis climber. Belum fikir lagi nak buat pancang macam mana. Letak pulak sebelah Damask. Crown Princess Magareta, ramai panggil dia dengan singkatan CPM adalah antara bunga ros David Austin yang jadi rebutan. Sebab? Pertama, warna Apricot yang cantik sangat. Kedua, wangi sangat. Ketiga, bunga keluar berjambak. Pokok yang dulu mati mungkin ada 2 sebab. Pertama, aku terlebih cantas, pokok jadi stress. Cantas sampai habis daun. Geram punya hal asyik keluar blind shoot. Mabuk daun. Kedua, pokok CPM ni diserang kanker. Gambar lama. Subhanallah. Memang cantik.

Prosperity

Image
Si cantik Prosperity. Semasa kudup berwarna merah jambu. Bila dah kembang jadi putih susu. Sepatutnya bunga berjambak, tapi sekarang pokok ni masih keluar bunga sekuntum-sekuntum. Mungkin belum cukup matang atau sebab musim panas, pokok stress kurang air. Satu uniknya Prosperity ialah setiap tangkap daun boleh ada 7 helai daun. Biasanya ros ada 5 daun sahaja. Bila mummy nak buat pancang untuk kamu si kaya?

Damask, basal break berebut keluar

Image
Damask sudah dicantas selepas satu pusing2 bunga. Dibaja dengan baja dari Rinson Lim. Aku spray lagi dengan mol pisang, homemade. Suka hati Damask.

Unknown 2

Image
Jenis shrub. Batang dan dahan sama macam Maggie. Sentiasa berbunga. Kelopak bunga sedikit keras, jadi bunga tahan berminggu-minggu. Who are you dear?

Crocus yang sakit

Image
Crocus bunga ros istimewa. Dibiak baka oleh David Austin. Sekarang masih sakit. Ada ulat kekek pemakan akar. Setelah tukar tanah, masih belum stabil. Insyaallah seminggu dua nanti sihat. Update: 8 Jun 2016 Pokok rose Crocus sudah mati

Double Delight, dalam kenangan.

Image
Gambar lama. Ambil dari akaun Facebook. Rasanya mati sebab kanker. Pokoknya rajin berbunga. Bau teramat harun. Bunga yang kembang tahan berhari-hari. Nanti cari ganti dia..

Party Time

Image
Cantik. Wangi sedikit. Rajin berbunga. Apa lagi yang boleh diminta dari sepokok ros? Beli dari Pasar tani sahaja.

Unknown 1

Image
Si cantik ni tiada IC. Beli di Pasar tani. Rajin berbunga, kuntumnya besar boleh sampai sebesar tapak tangan. Daunnya hijau pekat. Putik bunga dia ada yang sebesar ibu kaki. Masih mencari... Who are you, dear?

Abracadabra

Image
Si belang yang cantik. Warna merah gelap dan kuning air berjalur. Beli di Pasar tani Teluk Intan sahaja. RM12. Kalau di nursery popular ada yang jual hingga rm40.

Nicole Carol Miller

Image
Si cantik manis. Wangi sedikit. Pokok masih kecil.  Warna merah jambu sedikit ungu.

Damask, kembali beraksi.

Image
Damask adalah antara bunga ros lama, old roses. Dulu ada sepokok, akibat terlebih cantas dan mungkin kombinasi serangan penyakit akhirnya mati. Lama juga mencari tapi tak jumpa (yang murah.. Hihi). Baru dapat dalam seminggu lepas. Seronoknya. Pakcik nursery panggil bunga ros kampung. Dalam hati aku, aiya uncle ini rose manyak mahal tau ka? Wangi, bunga berjambak dan sifatnya memanjat. Buat masa sekarang belum dibentuk. Selepas repot, biar stabil dulu. Harap bertahan ye sayang. <3

Alexandrine.

Image
Sekejap dah nak tulis post kedua. Alexandrine. Ada 14 putik bunga. Biasa rosarian panggil 'kacang'. Meriah la nanti. Bunga cantik, adunan warna sedikit oren dan perang. Wangi. Baru dialih ke pasu tanah liat saiz besar. Mula-mula sedikit laju, mungkin pokok jadi stress sebab akar diganggu. Selepas 2 minggu pokok kembali sihat. Alhamdulillah Nampak ada satu tunas tumbuh dari batang utama. Tak ingat pula istilah tunas ni. Tapi memang penanda baik. ~Love is in the air~

Post pertama, Midnapur Adam

Image
Pos pertama di blog baru. Blog ini memang dibuat khusus untuk minat saya kepada ros. Ros hari ini, Midnapur Adam. Sedikit wangi.