Lama dah ada, hampir setengah tahun. Beli dari Pasar tani sahaja. Wangi bunganya. Warnanya merah jambu pucat. Ada 2 pokok. Entah macam mana boleh terbeli 2 pada minggu yang berbeza. Mungkin masa tu nampak warnanya berbeza. Pucuknya lembut, macam pucuk muda daun limau nipis. Daun muda berkilat. Memang berbeza. Setakat dah ada koleksi ros, belum jumpa pokok ros lain dengan daun sebegini.
Pokok baru beli di Pasar Tani, Teluk Intan. Mula-mula bila nampak tu bertahan tak nak beli. Tapi akhirnya pusing semula kali kedua untuk beli. Pokok gayanya akan merimbun dan.meriah bunga. Jika dan hanya jika mummy bagi makan, minum dan cahaya yg cukup. Cantik merah menyala Banyak lagi kudup baru Ada bau harum sedikit
Comments
Post a Comment