La France. Baru kutahu namamu.
Lama dah ada, hampir setengah tahun. Beli dari Pasar tani sahaja. Wangi bunganya. Warnanya merah jambu pucat. Ada 2 pokok. Entah macam mana boleh terbeli 2 pada minggu yang berbeza. Mungkin masa tu nampak warnanya berbeza. Pucuknya lembut, macam pucuk muda daun limau nipis. Daun muda berkilat. Memang berbeza. Setakat dah ada koleksi ros, belum jumpa pokok ros lain dengan daun sebegini.

Comments
Post a Comment