Kembali menulis tentang ros
Tarikh: 10 Jun 2017
Hampir 7 bulan tidak menulis dan menjengah ke sini. Maaf jika ada yang menanti kehadiran post baru. Agak sibuk dengan kehidupan seharian. Walau tidak menulis, ros tetap jadi hobi utama
Banyak yang dah terjadi pada koleksi ros Gee. Ada penambahan dan ada juga yang dah ke syurga. Tak kurang ros yang salah tagging dan dapat ID sebenar. Tidak mengapa, anggap sahaja ini satu ilmu baru.
Chicago Peace, ID yang baru dapat dikenalpasti. Gee cam dari post Addarosa. Jika Google, sedikit berbeza. Gee percaya ini dipengaruhi oleh cuaca panas di Malaysia. Tetap cantik dan menawan.
Maggie, ros kampung bagi sesetengah orang. Wangi sangat, bunga hanya tahan beberapa hari. Kalau hujan, habis luruh semua kelopaknya. Pasu ni dah pindah ke belakang rumah. Buat teman waktu di dapur.
Ini Bishop's Castle. Beli dari khaty di FB. Wangi, bunga berjambak. Jenis shrub tapi perlu sedikit sokongan, dahan ke atas makin lembut. Baka David Austin ni. Gambar ni dia dah kembang beberapa hari, sebab tiada hujan masih kelopaknya bertahan. Nak cuba semai untuk back up, masih belum berjaya.
Summer snow. Dah beberapa bulan beli. Dari pasar tani sahaja. Tanpa ID. Teruk juga buat kawad cam sana sini mencari ID dia. Jenis climber, dahan dia menjulur macam tangan sotong. Faham kot analogi Gee? Bunga berjambak, wangi sedikit. Mula-mula dulu hanya keluar selapis kelopak. Selepas beberapa bulan baru jeluar berlapis-lapis.
Princess Alexandra of Kent, beli dari khaty di FB. Khaty memang penjual ros yang saya percayai. Murah lagi. Pembungkusan cantik, pos cepat. Dulu ada beli satu PAOKò, rupanya salah tag. Agak kecewa. Sampai sekarang tak dapat ID dia. PAOK ni ros baka David Austin.

Comments
Post a Comment